Thursday, May 14, 2009

Brosur & Borang Pendaftaran




Sila klik borang untuk saiz yang sebenar dan print. Boleh dikirim melalui pos atau fax (05-368 8505).




KINI TELAH DILUNCURKAN










PENDAFTARAN TELAH DIBUKA !
MUKHAYYAM 'AROBY
Untuk Pelajar-pelajar Sekolah Menengah

12 - 14 Jun 2009


Di Universiti Teknologi PETRONAS

Pelaburan hanya RM 80.00 untuk program sepanjang 3 hari 2 malam (penuh)


Syarat penyertaan :
- Pelajar yang ada mengambil Bahasa Arab sebagai mata pelajar di peringkat sekolah menengah.
- Bersedia untuk mematuhi disiplin yang ketat sepanjang program
* Perhatian : Pelajar yang tidak asas bahasa Arab langsung tidak digalakkan memohon.

Pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Isian borang dan faxkan kepada kami di nombor : 05-3688505
- Telefon kepada Sdr Adiley atau Ust Zuriat seperti di bawah
- Email kepada Ust Rahmat ( rahmat_abuseman@petronas.com.my )


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :

Ust Rahmat -
016 422 1418
05-368 8502 (masa pejabat)


En Adiley bin Abdullah -
05-368 8503 (masa pejabat)
adiley_abdullah@petronas.com.my


Ust Zuriat Omar -
05-368 8504 (masa pejabat)
zuriat_omar@petronas.com.my

Kaedah pembayaran :
- Secara tunai di pejabat :
URUSETIA,PERKHEMAHAN BAHASA ARAB,
d/a Unit Pentadbiran Masjid
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar, 31750
Tronoh, Perak Darul Ridzuan

Atau secara deposit tunai / online :
Melalui akaun Bank yang akan kami umumkan kelak [tunggu telefon dari kami selepas mendaftar]

AHLAN WA SAHLAN










Selamat datang ke blog Mukhayyam Araby UTP.

Buat julung-julung kalinya kami menawarkan kepada anak-anak di peringkat sekolah menengah untuk melalui satu pengalaman hebat berbahasa Arab tanpa henti sepanjang 3 hari 2 malam. Ia mungkin kedengaran seperti gimik indah kerana banyak sudah yang mencuba melakukannya tapi gagal kerana peserta gagal berdisiplin atau didisiplinkan.

Kami percaya kami mampu melakukannya. Kami percaya kami dapat membuat mereka menggunakan bahasa Arab yang telah mereka pelajari sebelum ini menjadi bahagian yang terpadu dalam kehidupan mereka sekurang-kurangnya untuk beberapa hari mereka bersama dengan kami.

Bagaimana ia mungkin terjadi ?

Program ini dikendalikan oleh para pemudahcara yang terdiri daripada alumni Pondok Moden Gontor, Indonesia. Mereka melalui pengalaman digembleng berbahasa Arab 24 jam sehari tanpa mengira sama ada mereka di kelas, asrama, kantin, kedai runcit, padang permainan atau mengigau sekali pun! Pondok Gontor telah membina sistem itu dengan begitu berkesan semenjak 1925 lagi. Sistem itu semakin diperkukuh dengan kembalinya Kiyai Haji Imam Zarkasyi dari pengalaman belajar beliau dengan Prof Mahmud Yunus dan diterapkan dengan begitu iltizam sekali sehingga ia masih terus diamalkan di Pondok Modern walaupun selepas 84 tahun berdiri. Kini sistem yang sama diteruskan juga oleh beratus-ratus pondok alumni dan cabang-cabang Gontor.


Gambar :
Suasana praktikum (micro-teaching) calon guru yang diberi dinilai secara profesional oleh guru-guru berpengalaman serta rakan pelajar selepas belajar metodologi pendidikan di Kulliyatul Muallimin al-Islamiah, Pondok Modern Gontor, Indonesia.

Pendekatan Gontor mencipta lingkungan kehidupan harian pelajar menjadi makmal bahasa yang hidup (ma'mal tobi'iy). Selain daripada kemudahan memperolehi panduan istilah yang tertampal di mana-mana, para pelajar dilatih berdisiplin tinggi untuk memastikan penggunaan bahasa Arab tidak diabaikan walau di mana-mana bahagian pondok mereka berada. Bahkan tindakan disiplin diambil dengan serius bila berlaku pelanggaran penggunaan bahasa selain bahasa rasmi walaupun satu perkataan. Pemaksaan itu telah menjadikan mereka terbiasa menggunakan bahasa Arab. Mula-mula mungkin dengan susah payah mereka mencari istilah dan ungkapan yang tepat. Bahkan dengan susunan bahasa yang lintang-pukang. Tapi berkat kegigihan pelajar dengan sokongan bimbingan senior asrama dan guru-guru di kelas, akhirnya bahasa Arab menjadi mainan lisan umpama bahasa ibunda seawal-awal enam bulan selepas mereka memijakkan kaki di pondok.

Adakah mungkin program mukhayyam di UTP membuat mereka mampu bercakap bahasa Arab seperti pelajar di Gontor ?

Kurikulum bahasa Arab di Malaysia sebenarnya telah menyediakan asas yang cukup untuk dikembangkan serta diperkukuhkan. Kemampuan pelajar di Malaysia menguasai bahasa secara lisan mungkin sedikit terhalang kerana komitmen masa pelajar oleh tuntutan subjek lain serta kekurangan lingkungan yang mendukung dan mendorong mereka.

Kami percaya dengan bimbingan para alumni Gontor agar para peserta merasakan pengalaman berbahasa Arab penuh di mana-mana pun mereka berada akan memberi gambaran kepada mereka bagaimana sedikit cuplikan kehidupan berbahasa Arab di Gontor boleh membuat mereka lebih berminat, berkeberanian, berinisiatif mencipta suasana berbahasa Arab selepas mereka balik daripada Mukhayyam ini.

Di samping itu para peserta berpeluang merasakan kehidupan sebenar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), sebuah universiti swasta yang terkemuka di rantau ini bahkan semakin mendapat sambutan dari pelajar luar negara. Kami percaya dengan menyaksikan sendiri kemudahan serta memahami peluang pendidikan di UTP para peserta akan beraspirasi dengan penuh semangat untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi setaraf UTP. Maka pengalaman beberapa hari ini, insya Allah, akan mendorong para peserta mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.

Untuk maklumat selanjutnya sila tunggu posting kami yang berikutnya.